Sabah Catat 2,474 Kes Baharu Positif COVID-19 Hari Ini

Sabah Catat 2,474 Kes Baharu Positif COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes COVID-19 hari yang dikesan hari ini sebanyak 2,474 KES iaitu penurunan 164 kes dari laporan semalam.

Jurucakap Harian Perkembangan COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata 65 peratus (65%) kes yang dikesan adalah melalui saringan kontak rapat.

“Kebanyakkan pesakit (1587 individu) berada dalam Kategori 2 penyakit itu dan lapan orang berada dalam Kategori 5 (keadaan kritikal),” jelasnya.

Menurut beliau, 1,667 kes daripada jumlah keseluruhan merupakan kes daftar lewat yang tertunggak antara dua sehingga lima hari yang lalu.

“Sabah melepasi angka 30 peratus daripada jumlah penduduk dewasa yang telah memperolehi dos lengkap manakala 52.4 peratus penduduk dewasa Sabah telah memperolehi satu dos,” katanya.

Sejumlah 17,672 kes positif COVID-19 telah dilaporkan seluruh negara pada hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes harian positif COVID-19 Sabah hari ini (23 Ogos) mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah perbandingan dengan angka kes kelmarin (22 Ogos):

Kota Kinabalu – 671 (883)
Penampang – 204 (210)
Tawau – 196 (259)
Sandakan – 185 (178)
Papar – 181 (49)
Tuaran – 176 (193)
Lahad Datu – 132 (73)
Keningau – 113 (82)
Beaufort – 68 (89)
Beluran – 64 (15)
Kota Belud – 59 (56)
Putatan – 56 (94)
Kota Marudu – 46 (71)
Ranau – 44 (32)
Kudat – 44 (24)
Tongod – 38 (42)
Nabawan – 34 (28)
Kalabakan – 29 (17)
Tenom – 26 (24)
Sipitang – 21 (40)
Kunak – 18 (24)
Tambunan – 17 (5)
Kinabatangan – 15 (111)
Telupid – 15 (12)
Pitas – 11 (23)
Semporna – 8 (8)
Kuala Penyu – 3 (6)