Pemandu Lori Tunda Cedera Parah Selepas Bertembung Lori Tanker Minyak Di Ranau

Pemandu Lori Tunda Cedera Parah Selepas Bertembung Lori Tanker Minyak Di Ranau

0
SHARE

RANAU, SABAH – Seorang pemandu lori tunda cedera parah setelah seteleh bertembung dengan sebuah lori tanker minyak di jalan berhampiran Kampung Tomis Mangi Pangi pagi tadi.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mendapat panggilan kecemasan MERS 999 itu pada jam 8.50.

Seramai sembilan (9) anggota bomba telah bergegas ke lokasi yang berjarak kira-kira 31 kilometer.

Mangsa lelaki, Kelly Jamud, 30, dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba dilokasi.

Pegawai Operasi, PBK II Becket Gumat berkata, pasukan perubatan kecemasan Bomba (EMRS) memberi rawatan awal kepada mangsa.

“Seterusnya anggota bertingak untuk membuka bateri lori mangsa serta membersihkan Kawasan kemalangan dengan menggunakan satu (1) aliran dari jentera…

“ Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke Hospital Ranau bagi rawatan susulan,” katanya.

Pasukan bomba sedang mencabut sambungan bateri lori mangsa yang sedang menunda sebuah kenderaan pacuan empat roda sementara pasukan perubatan mengusung mangsa masuk ke dalam ambulans…

Beliau turut berkata pihak polis berada di lokasi bagi mengawal lalu lintas.

Pemandu tanker minyak yang difahami milik syarikat Petron tidak mengalami apa-apa kecederaan. Beliau dikenali sebagai Tan Fui Ming, lelaki berumur 42 tahun.

Becket berkata operasi ditamatkan pada jam 12.34 tengah hari.