Kandungan Video Berunsurkan Anti-Vaksin Akan Mula Disekat Oleh YouTube

Kandungan Video Berunsurkan Anti-Vaksin Akan Mula Disekat Oleh YouTube

0
SHARE

AMERIKA SYARIKAT – Semua kandunag yang berunsurkan anti-vaksin COVID-19 akan mula disekat YouTube serta-merta. Ini termasuklah melemparkan sebarang tuduhan yang menyatakan vaksin menjadi punca utama kepada kesan kronik pada penerima, serta maklumat yang tidak benar mengenainya.

Menurut Washington Post yang memetik Matt Halprin, Naib Presiden YouTube berkata, syarikat video atas talian yang dimiliki Alphabet itu juga akan menyekat beberapa aktivis antivaksin terkenal dengan membataskan saluran mereka.

Ini termasuk Robert F Kennedy Jr dan Joseph Mercola, yang telah lama terkenal dalam gerakan antivaksin.

YouTube dalam satu kenyataan menegaskan langkah itu diambil kerana beberapa gergasi teknologi lain seperti Facebook dan Twitter kini telah dikritik teruk akibat tidak mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan penyebaran maklumat palsu berhubung anti-vaksin dan kesihatan umum di laman sesawang mereka masing-masing.