Pemandu Myvi Maut Dirempuh Lori

Pemandu Myvi Maut Dirempuh Lori

0
SHARE
Kemalangan
Keadaan remuk kenderaan mangsa yang maut ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

PENAMPANG, SABAH – Pemandu sebuah Perodua Myvi maut tersepit dalam kenderaan tersebut selepas bertembung drngan sebuah lori 10 tan di Kg Madsiang, sini, awal pagi tadi.

Mangsa insiden kira-kira 4.30 pagi itu dikenal pasti sebagai Vinston Hairy Hampry berusia 30 tahun.

Laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menyatakan mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan oleh sepasukan enam dari Balai Bomba dan Penyelamat Penampang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak lerubatan dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Walau bagaimanapun, seorang pemandu lelaki lori 10 tan tidak mengalami sebarang kecederaan.