Pembayaran BPN Fasa Kedua Dipercepatkan, Penerima Akan Terima Bermula 21 Januari Ini

Pembayaran BPN Fasa Kedua Dipercepatkan, Penerima Akan Terima Bermula 21 Januari Ini

0
SHARE

PUTRAJAYA – Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dipercepatkan di mana hampir 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN akan menerima pembayaran itu bermula 21 Januari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bayaran BPN fasa kedua ini dipercepatkan disebabkan pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Semakan kelulusan, katanya boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 diĀ https://bpn.hasil.gov.my.

“Bagi penerima kategori B40, bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank bermula 21 Januari ini makala kategori M40 pula bermula 25 Januari 2021…

“Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.

“Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz…

Tengku Zafrul berkata, BPN 2.0 adalah sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA Prihatin) bernilai RM10 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September 2020.

Beliau berkata, BPN 2.0 disalurkan melalui dua fasa pembayaran, iaitu pada Oktober 2020 dan Januari 2021.

“Secara keseluruhannya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta penerima terdairi daripada 5.82 juta individu bujang dan 5.24 juta penerima isi rumah dengan jumlah bayaran serta peruntukan keseluruhan sebanyak RM7.18 bilion,” katanya.