Pementasan Teater Muzikal Duzung: The Origin Of Hampo Rungus Mendapat Sambutan Hangat

Pementasan Teater Muzikal Duzung: The Origin Of Hampo Rungus Mendapat Sambutan Hangat

0
SHARE

KOTA KINABALU: Teater Muzikal Duzung: The Origin of Hampo Rungus pada 20 hingga 22 September lalu adalah pementasan pertama yang mengangkat cerita lagenda masyarakat etnik rungus atau ‘tangon’ yang amat popular dikalangan masyarakat itu.

Sebuah karya Anang Moo, Duzung adalah mitos etnik rungus yang mengisahkan tentang sekumpulan puteri laut yang naik ke daratan untuk berseronok tapi salah seorang puteri tidak dapat kembali ke lautan kerana ekor yang ditanggalkannya telah hilang.

Pengisahan menarik dalam cerita ini ialah bagaimana terciptanya aksesori tembaga rungus seperti ‘saring’ (gelang tangan), ‘Lungkaki (gelang kaki) dan ‘Ganggalung’ (rantai leher), yang menjadi aksesori utama yang melengkapkan set pakaian tradisional.

Teater Muzikal Duzung dipentaskan oleh Persatuan Kebajikan Amal Kasih Kota Belud (PER-KASIH) dengan kerjasama Produksi Seni Kreatif (PSK), Stage Production dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN).

Barisan Produksi utama, Vinnie Nursyahirah sebagai Penerbit, Anang Moo sebagai penulis skrip, Shah Zainal Pengarah Produksi, Penolong Pengarah Syafix Salleh, Patta Ariffin Pengurus Pentas, Ismaliza Ishak Jurulatih Pelakon, Weena Semanggang Sinografi dan Jennifer Raymond dari ARSV sebagai pereka busana.

Vinnie berkata, sambutan orang ramai sangat memberangsangkan yang mana team produksi mendapat pujian.

“Sambutan yang begitu meriah tanda warga Sabah memberi sokongan kepada karya ini. Kehadiran ramai penonton membuktikan kekuatan karya dan memberi semangat kepada pasukan produksi untuk projek pementasan seterusnya. 

“Semoga pementasan ini menjadi fenomena dan bakal mencetus ilham agar lebih ramai lagi penggiat seni pementasan teater untuk berkarya demi memperhangatkan lagi aktivit seni di Sabah.

“Terima kasih warga Sabah atas sokongan padu anda semua! Terima kasih kerana bersama kami membantu menghangatkan aktiviti seni dan pementasan teater di Sabah,” katanya.

Antara artis tempatan yang hadir ialah Fanzi Runji, Dabra Sia, Eylia Guntabid dan pempengaruh Bony Mr Kaamatan, Sakinag, Geo Allen serta ramai lagi.

Teater Muzikal Duzung dibintangi oleh pendukung watak utama iaitu pelakon Ryna Norzita, Andre Doni, Francissca Ester Nain, Rolands John.

Kemunculan serta penampilan khas Inai Mongulozi didatangkan khas dari Kg. Narandang Kanibongan Pitas, memegang watak dan memainkan peranan penting sebagai ketua Bobolizan yang menghidupkan pementasan teater dengan ‘rinait’ iaitu bahasa mantera yang asli dan unik.

Vianni berkata pementasan itu juga telah membawakan kumpulan kebudayaan dan warisan Kanibongan iaitu Barisan pemain gong dan penari veteran dari kampung Sinukab, Sulakolung dan Narandang Pitas untuk mengiringi tarian ‘Mongigol Sumundai’ semasa pementasan.