Pengagihan 10,000 Komputer Riba Kepada Pelajar Di Sabah Tepat – PRESBAH

Pengagihan 10,000 Komputer Riba Kepada Pelajar Di Sabah Tepat – PRESBAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) menyambut baik langkah keprihatinan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, dalam pengagihan 10 ribu unit komputer riba kepada pelajar kurang mampu di Sabah.

Presiden PRESBAH Hj. Yahya Hj. Ahmad Usaha berkata usaha ini sangat tepat malah patut disegerakan bagi membantu 9,842 pelajar tingkatan 5 dan 6 ( SPM, STPM, STAM) kita di Sabah.

“Sudah tentu langkah positif ini dapat membantu pelajar mengikuti pembelajaran Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara maya terutama pada pasca pandemik Covid-19…

“Usaha ini juga dapat memastikan pelajar dalam kumpulan sasar tidak ketinggalan dalam sesi pembelajaran,” katanya.

Ahmad juga berharap supaya akses talian internet diperkasakan khususnya di kawasan luar bandar, supaya pelajar luar bandar akan turut sama dapat mengguna komputer riba sumbangan Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan sepenuhnya.