KOTA KINABALU, SABAH – Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen, dan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Noorliza Awang Alip pagi tadi telah melawat Taman Wangsa Apartment di Telipok yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Lawatan itu bertujuan menaikkan semangat pekerja barisan hadapan (frontliners) yang tekun megawasi 240 unit dihuni lebih 800 orang sepanjang tempoh PKPD tersebut.
Dalam pada itu Roland memuji Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) di atas perlaksanaan program vaksinasi bergerak yang telah mengimunisasikan kebanyakkan warga emas yang tinggal di rumah orang tua di sekitar bandar Kota Kinabalu.
“Saya berharap masyarakat dapat memahami bahawa semua agensi kerajaan baik negeri dan persekutuan sedang melakukan yang terbaik dalam memerangi wabak ini…
“Masyarakat tidak harus gentar divaksin sebaliknya memperkasakan sesama diri untuk berani tampil divaksin. Untuk mengatasi wabak ini, kekebalan kawanan sangat penting untuk terus maju,” katanya.