Polis Sabah Meneliti Untuk Tutup Lebih Banyak ‘Lorong Tikus’ Digunakan Elak SJR

Polis Sabah Meneliti Untuk Tutup Lebih Banyak ‘Lorong Tikus’ Digunakan Elak SJR

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Polis Sabah dalam proses meneliti penutupan lebih banyak ‘lorong tikus’ yang digunakan penduduk kawasan bagi mengelak sekatan jalan raya (SJR).

Ketua Polis Daerah DSP Mohd Haris Ibrahim berkata sebuah SJR baru di Jalan Tulangis telah didirikan setelah pengumuman pengasingan daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan oleh Kerajaan Negeri kelmarin.

Katanya setakat ini dua jalan raya utama, di Kobusak, berhampiran stesen Shell dan di jalan masuk dari Penampang ke kawasan Cyber City ditutup selain tiga lagi ‘u-turn’ dalam daerah ini.

“Kita telah mengambil kira dan membuat penilaian bahawa penutupan ini tidak membebankan masyarakat sini kerana masih terdapat jalan alternatif yang boleh dilalui…

“Pihak polis turut mengubah strategi SJR di lokasi Kampung Dumpil yang di mana sebelum ini terletak di jalan Papar – Kota Kinabalu dan kini dipindahkan ke jalan Kota Kinabalu – Penampang.

“Kita masih menilai jalan-jalan yang kita akan tutup bagi mengelak perentasan daerah,” kata beliau apabila ditemui media hari ini.

Sejak perlaksanaan itu Haris berkata sekitar 30 buah kenderaan di SJR berhadapan Blue 7 diarah berpatah balik dengan alasan hendak membeli barangan dapur di Lido.

“Barangan yang mereka beli juga terdapat di daerah Penampang. Mungkin mereka belum maklum yang Lido berada dalam daerah Kota Kinabalu…

“Bagi mengelak kesesakan jalan raya pihak polis mengambil pendekatan membuka dua lorong pada waktu puncak dan mengerahkan anggota maksimum bagi mengawal keadaan,” tambah beliau.