Penganjuran F1 Di Rusia Dibatalkan

Penganjuran F1 Di Rusia Dibatalkan

0
SHARE
Penganjuran pertandingan F1 di litar Sochi, Rusia dibatalkan...

MONTMELO, SEPANYOL – Perlumbaan Grand Prix (GP) di Litar Sochi, Russia yang dijadual berlangsung pada 25 September ini dibatalkan susulan serangan Russia ke atas Ukraine.

Menurut laporan AFP, Perkembangan itu diumumkan Formula Satu (F1), hari ini.

“Kami memantau dengan teliti perkembangan semasa di Ukraine dengan perasaan sedih dan terkejut…

“Kami mengharapkan penyelesaian segera dan aman terhadap situasi sekarang.

“Selepas mengambil keputusan dengan mengambil kira pandangan yang relevan daripada semua pemegang taruh, adalah mustahil untuk menganjurkan GP Russia dengan situasi yang sedang berlaku ketika ini,” kata F1 dalam satu kenyataan.

Perkembangan terkini itu menyaksikan kalendar F1 dikurangkan kepada 22 perlumbaan daripada 23 pusingan yang dirancang sebelum ini.