Bagaimanapun, suaminya James Burton tidak mengalami sebarang kecederaan.
Memetik laporan Reuters, dalam kejadian pada Isnin lalu, Prichard, dari Kenton, Tennessee, mengeluarkan pistol 9 milimeter dari gaun pengantinnya dan melepaskan tembakan ke arah suami barunya.
Menurut kertas pendakwaan, insiden berlaku selepas rentetan pertengkaran dengan Burton di motel Clarion Inn berhampiran Murfreesboro.
“Prichard masih memakai gaun pengantin ketika ditahan,” kata Sarjan Kyle Evans dari Jabatan Polis Murfreesboro kepada stesen WTVF-TV.
Pada mulanya Prichard mengacukan pistol ke arah kepala suaminya dan menekan picu, tetapi tiada tembakan dilepaskan. Dia kemudian mencuba sekali lagi dan melepaskan satu tembakan ke udara.
Tidak dapat dipastikan sama ada Prichard sedar atau tidak tiada peluru ketika melepaskan tembakan pertama.
Evan enggan mengulas lanjut dan siasatan masih diteruskan.