Petugas Kesihatan Dipecat Selepas Ditangkap Lakukan Seks Di Kenderaan Ambulans

Petugas Kesihatan Dipecat Selepas Ditangkap Lakukan Seks Di Kenderaan Ambulans

0
SHARE

BRITAIN – DUA (2) petugas kesihatan yang bertugas di unit kecemasan di sini dipecat selepas ditangkap melakukan hubungan seks di bahagian belakang sebuah kenderaan ambulans baru-baru ini.

Memetik laporan The Sun, Emma Croydon iaitu salah seorang pelaku tersebut dilihat memandu kenderaan miliknya ke tempat meletak kenderaan kelab bola sepak Portsmouth FC sebelum masuk ke bahagian belakang sebuah kenderaan ambulans bersama pemandunya.

Ketika dua pengawal keselamatan mendekati kenderaan ambulans tersebut, mereka terkejut apabila mendapati Emma dan lelaki tersebut sedang menanggalkan pakaian masing-masing.

Insiden itu membuatkan kedua-dua mereka telah dipecat serta-merta atas salah laku itu selepas siasatan lanjut dibuat.

Walau bagaimanapun, Emma yang mempertahankan dirinya berkata, pengawal keselamatan telah menipu tentang apa yang dilihat oleh mereka.

Ketika kejadian, Emma yang merupakan penjaga kenderaan ambulans tersebut dikatakan mengambil cuti sakit apabila petugas keselamatan mendakwa melihat kenderaan itu masuk ke dalam stadium bola sepak Fratton Park di mana satu unit pusat pemindahan darah sedang beroperasi.

Kedua-dua kenderaan ambulans dan kenderaan Emma diparkir bersebelahan antara satu sama lain sebelum dia dilihat masuk ke dalam ambulans tersebut.

Namun, panel menggugurkan dakwaan Emma dengan mengatakan bahawa dia tidak percaya bahawa pengawal keselamatan itu menipu, malah perbuatan kedua-duanya turut dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV).