PGENS Sasar 50,000 Ahli Dalam Tempoh Tiga Tahun

PGENS Sasar 50,000 Ahli Dalam Tempoh Tiga Tahun

0
SHARE
Pgens
Jismit (duduk tengah) bersama ahli-ahli Pertubuhan Gagasan Ekonomi Negeri Sabah

KOTA KINABALU, SABAH –  Pertubuhan Gagasan Ekonomi Negeri Sabah (PGENS) menyasarkan 50,000 ahli dalam tempoh tiga tahun akan datang sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memacu ekonomi.

Terbuka kepada semua orang yang berumur 17 tahun ke atas, presidennya Jismit Japong berkata yang muflis pun boleh menyert mereka manakala keahlian tahun pertama adalah percuma.

“Kami merancang untuk membuka cawangan di semua 25 kawasan parlimen dan mengalu-alukan calon pemimpin berpotensi.

“Jerayawara diikuti pembinaan pusat perniagaan akan menyusul bagi menyediakan program bimbingan yang ditujukan kepada golongan belia,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Ditubuhkan pada 1 Oktober 2024, beliau berkata mereka kini mempunyai 100 ahli tetapi berazam untuk menempatkan sekurang-kurangnya 830 ahli setiap cawangan.

“Selain menjana peluang ekonomi dan kebajikan untuk ahli kami, kami merancang untuk memaksimumkan sektor teknologi dan profesional dengan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Pembinaan dan perumahan Sabah sebagai contoh, jauh ketinggalan. Saya dengar geran Madani di sini boleh dapat sehingga RM200,000 tetapi mencecah jutaan ringgit untuk NGO lain di Semenanjung Malaysia.

“Tumpuan kami juga akan diberikan kepada pendidikan kerana seorang kanak-kanak memerlukan purata sekurang-kurangnya RM10,000 untuk pendidikan universiti.

“Kami mahu membuat isu yang jelas mengenai permit import dan mendesak syarikat penerbangan dan saluran televisyen Sabah sendiri.

“Bagi bank tempatan, kenapa kita masih mengikut keputusan yang dibuat oleh Kuala Lumpur? Adakah kita rakyat Sabah tidak mampu membuat keputusan sendiri?

“Sebab itu kami juga mahu mendesak Bank Negara mengambil rakyat Sabah sebagai pengurus kerana ini membuka peluang kepada penduduk tempatan,” katanya.

Jismit berkata memorandum menyokong pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan permudahan bantuan akan dihantar ke pejabat Ketua Menteri dan Perdana Menteri.