PM Anwar Bincang Kecilkan Saiz Kabinet, Gaji Menteri Dikurangkan

PM Anwar Bincang Kecilkan Saiz Kabinet, Gaji Menteri Dikurangkan

0
SHARE
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

PUTRAJAYA – Pembentukan Kabinet adalah bersaiz kecil iaitu tidak dianggota jemaah menteri yang ramai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau turut mengusulkan supaya anggota Kabinet baharu untuk bersetuju agar gaji mereka dikurangkan.

Namun, kata beliau, perkara itu memerlukan proses perbincangan dan persiapan yang akan diselesaikan seberapa segera mungkin.

“Saiz Kabinet kecil dan saya minta supaya ahli Kabinet baharu bersetuju dengan usul saya untuk kurangkan gaji mereka. Tapi ini dalam proses perbincangan dan persiapan…

“Kita kena faham bahawa kerajaan perpaduan bermakna seorang Perdana Menteri harus merujuk kepada parti masing-masing yang mengusulkan nama-nama (cadangan anggota Kabinet) dan saya harus memberikan pertimbangan sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas secara rasmi memulakan tugas sebagai Perdana Menteri ke-10 di Pejabat Perdana Menteri, semalam.