PM Anwar Luluskan Permohonan Cuti, Peletakan Jawatan Rafizi dan Nik Nazmi

PM Anwar Luluskan Permohonan Cuti, Peletakan Jawatan Rafizi dan Nik Nazmi

0
SHARE

PUTRAJAYA: Pejabat Perdana Menteri hari ini mengesahkan bahawa dua anggota Kabinet telah mengemukakan permohonan cuti dan pengunduran diri daripada jawatan mereka.

Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa permohonan tersebut dikemukakan oleh Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada kedua-dua menteri tersebut.

“Setelah meneliti permohonan itu, beliau telah bersetuju meluluskan permohonan cuti mereka,” menurut kenyataan itu di sini, semalam.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diberikan mengenai sebab pengunduran atau tempoh cuti yang dimohon oleh kedua-dua menteri berkenaan.

Pejabat Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa sebarang keputusan lanjut mengenai perkara ini akan dimaklumkan kelak oleh Perdana Menteri.

Setakat ini, identiti penuh kedua-dua menteri yang mengemukakan permohonan tersebut masih belum diumumkan secara rasmi.

Terdahulu, Dua menteri Kabinet Malaysia, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, telah mengemukakan surat peletakan jawatan mereka selepas mengalami kekalahan dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.