Polis Papar Tangkap 3 Lelaki Termasuk Seorang Pengedar Dadah

Polis Papar Tangkap 3 Lelaki Termasuk Seorang Pengedar Dadah

0
SHARE

PAPAR, SABAH – TIGA (3) lelaki termasuk seorang pengedar dadah berumur di antara kalangan 20-an hingga 40-an tahun dicekup Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar kelmarin.

Ketua Polis Daerah, DSP Batholomew Umpit berkata tangkapan itu dibuat setelah pihaknya mendapati ketiga-tiga suspek aktif dalam aktiviti dadah di kawasan Papar.

“Hasil pemeriksaan menemui satu paket syabu seberat 10.30 gram dari pengedar dadah yang disyaki terbabit. Suspek ini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952…

“Manakala, dua lagi suspek ditahan dibawah Seksyen 15 (1)(a), akta yang sama, kerana didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine (syabu),” katanya.

Menurut beliau, kejayaan tangkapan itu merupakan salah satu usaha IPD Papar dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah tersebut.

Dalam pada itu Batholomew menasihati warga Papar untuk lebih proaktif dengan memaklumkan pihak polis jika mempunyai sebarang maklumat berhubung kes jenayah.