PORTAL SABAHNEWS AKAN KEMUKAKAN SAMAN BERNILAI RM1 JUTA KEPADA WAKIL RAKYAT PARTI...

PORTAL SABAHNEWS AKAN KEMUKAKAN SAMAN BERNILAI RM1 JUTA KEPADA WAKIL RAKYAT PARTI WARISAN YB MUNIRAH ATAS SEBAB DIFITNAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Portal media bebas SabahNews.com.my akan mengemukakan saman berjumlah RM1 juta terhadap Ahli Parlimen Kota Belud merangkap wakil rakyat Parti Warisan, YB Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy, selepas satu hantaran berunsur fitnah dan palsu menggunakan nama serta logo rasmi portal itu disebarkan melalui laman Facebook “Munirah Fans”.

Hantaran tersebut, yang boleh dilihat di pautan berikut;
https://www.facebook.com/share/p/1FVkqTiFCG/ — telah menyiarkan gambar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, bersama tajuk fitnah:

“Hajiji Diiktiraf Sebagai Bapa Komisen Sabah”

Reka bentuk visual dan paparan logo SabahNews.com.my digunakan secara palsu bagi mencetuskan persepsi seolah-olah berita tersebut diterbitkan oleh portal ini.

Pihak pengurusan SabahNews.com.my menegaskan bahawa berita itu adalah rekaan sepenuhnya dan berniat jahat, jelas melanggar undang-undang serta mencemarkan nama baik Ketua Menteri Sabah dan integriti portal media bebas ini.

LAPORAN POLIS & TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Portal SabahNews.com.my akan membuat laporan polis hari ini bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap pentadbir laman “Munirah Fans”, yang dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan pihak YB Munirah sendiri.

Selain itu, portal ini melalui peguamnya akan mengemukakan tuntutan saman bernilai RM1 juta terhadap YB Munirah atas kerosakan maruah, kehilangan kepercayaan awam dan imej profesional media akibat penyebaran fitnah tersebut.

KENYATAAN RASMI PORTAL SABAHNEWS

“SabahNews adalah portal berita bebas yang beroperasi berlandaskan etika kewartawanan dan kebenaran. Tindakan menggunakan nama, logo dan reka bentuk portal kami untuk menyebar fitnah politik adalah satu jenayah media.

“Kami akan memastikan individu di sebalik laman Munirah Fans dibawa ke muka pengadilan,” Jurucakap Rasmi Portal SabahNews.com.my.

KOMITMEN PORTAL SABAHNEWS

Sejak lima tahun beroperasi, SabahNews.com.my kekal sebagai media bebas dan beretika, tidak berpihak kepada mana-mana parti politik serta sentiasa mengamalkan pelaporan yang adil dan berimbang. Segala kandungan rasmi hanya diterbitkan melalui laman utama rasmi: www.sabahnews.com.my.

Penafian:
SabahNews.com.my tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana kandungan atau hantaran media sosial yang menggunakan nama, logo atau reka bentuk portal ini tanpa kebenaran rasmi. Sebarang penyebaran palsu atau berniat fitnah akan dirujuk terus kepada pihak berkuasa untuk tindakan undang-undang.