Potongan Gaji Menteri, Pembantu Menteri Dan ADUN Kerajaan GRS Bagi Kegunaan Dana...

Potongan Gaji Menteri, Pembantu Menteri Dan ADUN Kerajaan GRS Bagi Kegunaan Dana Pembiayaan Pengurusan COVID-19 Sabah – Hajiji

0
SHARE
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Hj Noor memaklumkan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 dalam media sidang semasa mendengar Taklimat Pengurusan Keselamatan Dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini hari ini...

KOTA KINABALU, SABAH – Semua gaji menteri, pembantu menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan dipotong untuk digunakan sebagai dana pembiayaan pengurusan pandemik COVID-19.

Gaji menteri dan pembantu menteri akan dipotong sejumlah 50 peratus (50%) selama dua bulan manakala gaji ADUN sebanyak 30 peratus (30%) selama tempoh sebulan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang juga Menteri Kewangan Negeri mengumumkan keputusan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri Sabah semalam.

“Arahan tersebut akan berkuatkuasa bermula pada bulan ini. Kami dalam Kerajaan GRS bersatu untuk terus bersama rakyat dalam menghadapi masa sukar ini,” katanya.

Dalam pada itu beliau juga mengumumkan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 COVID-19 berjumlah RM120,469,481 juta dan tambahan RM34.4 juta untuk bantuan bakul makanan kepada semua sektor yang terkesan akibat pandemik berkenaan.

Bantuan tersebut yang akan diagihkan dalam masa terdekat ini katanya merangkumi bantuan tunai ‘one off’ RM 300.

“Bantuan Sabah Prihatin 3.0 merupakan tambahan bantuan awal melibatkan peruntukkan RM 238.3 juta melalui bantuan yang telah disalurkan sebelum ini…

“Bantuan ini akan diagihkan menursi lapan Kementerian selain Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Menteri Tugas-Tugas Khas kepada golongan sasaran masing-masing,” tambah beliau.

Antara penerima termasuklah mereka yang tersenarai dalam e-kasih, golongan miskin tegar, anak yatim, warga emas, ibu tunggal, petaini, orang kurang upaya, nelayan, pemandu pelancong, penggiat seni, pemandu teksi dan penjaja kecil mikro yang khususnya yang putus punca pendapatan dikala pandemik.

Hajiji ditemui media pada satu lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan bagi mendengar taklimat gerak kerja sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dimana beliau mengatakan amat berpuas hati dengan prestasi Polis Diraja Malaysia Sabah.