PRU-15: Calon BN Khairy Tanding Di Sungai Buloh Dan Tengku Zafrul Di...

PRU-15: Calon BN Khairy Tanding Di Sungai Buloh Dan Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

0
SHARE
Khairy Jamaluddin Abu Bakar...

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Khairy Jamaluddin akan terus menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengumuman demikian dibuat malam ini di Dewan Tun Hussein Onn Pusat Dagangan Dunia di sini.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan itu dikaitkan dengan beberapa kerusi Parlimen iaitu Tampin, Kuala Pilah dan Port Dickson di Negeri Sembilan serta Alor Gajah, Melaka.

Khairy yang juga penyandang kerusi Rembau tidak mempertahankan kerusi Rembau yang disandang sejak 2008 selepas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, bertanding di kerusi berkenaan.

Datuk Seri Mohamad Hasan…

Sementara itu, menepati ramalan bahawa Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, dinamakan sebagai calon kerusi Parlimen Kuala Selangor.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…

Tengku Zafrul bakal berdepan saingan penyandang kerusi Kuala Selangor iaitu Datuk Seri Dr Dzulkefley Ahmad daripada Parti Amanah Negara (AMANAH).