Annuar Musa, Shahidan Kassim Dan Zahidi Sah Digugurkan Sebagai Calon BN Pada...

Annuar Musa, Shahidan Kassim Dan Zahidi Sah Digugurkan Sebagai Calon BN Pada PRU-15

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Shahidan Kassim, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Zahidi Zainul Abidin sah digugurkan daripada mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Nasib yang sama turut berlaku kepada Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Dato’ Sri Tajuddin bin Abdul Rahman…

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika mengumumkan calon BN bagi PRU15 malam ini menamakan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarikh Khan akan bertanding di Parlimen Padang Besar menggantikan Zahidi.

Bagi Parlimen Ketereh pula, Annuar digantikan dengan Marzuani Ardila Ariffin manakala di Arau, Shahidan digantikan dengan Rozabil Abdul Rahman.

Bagi Parlimen Pasir Salak pula, Tajuddin akan digantikan oleh Khairul Azuan Harun.