PRU-15: PN Umum Tanding 169 Kerusi Parlimen, 116 Kerusi DUN

PRU-15: PN Umum Tanding 169 Kerusi Parlimen, 116 Kerusi DUN

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) semalam mengumumkan bakal bertanding sebanyak 169 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), setakat semalam (1 Nov).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerusi Parlimen yang ditandingi membabitkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

Tan Sri Muhyiddin Yassin…

Manakala bagi DUN yang terlibat membabitkan negeri Perlis, Perak dan Pahang.

Pengumuman terbabit dibuat ketika majlis pengumuman calon PRU15 PN di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), semalam.

Menjelaskan berhubung agihan kerusi Parlimen, beliau berkata, BERSATU bertanding akan bertanding sebanyak 74 kerusi sementara PAS sebanyak 64 kerusi, GERAKAN sebanyak 20 kerusi dan Bersekutu pula sebanyak 11 kerusi.

Bagi kawasan DUN pula, menurutnya PAS bakal bertanding di 57 kerusi, GERAKAN sebanyak 14, BERSATU sebanyak 41 dan Bersekutu sebanyak empat kerusi.