PSKKS, Gereja SIB Kampung Seri Menanti Terima Mesin Semburan Pembasmi Kuman

PSKKS, Gereja SIB Kampung Seri Menanti Terima Mesin Semburan Pembasmi Kuman

0
SHARE
Sani (tengah) bergambar bersama Helen (dua dari kanan) dan Justin (dua dari kiri) sambil diperhati Paris (kanan)...

SIPITANG, SABAH – Persatuan Suka Relawan Kanser dan Kemasyarakatan Sipitang (PSKKS) dan Gereja SIB Kampung Seri Menanti di sini masing-masing menerima mesin semburan pembasmi kuman dari kerajaan negeri.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, Encik Sani Bin Miasin menyerahkan dua (2) set mesin semburan Nano Spray Mesin K6X dan cecair pembasmi kuman dalam sebuah majlis ringkas kelmarin.

Wakil penerima terdiri daripada Pengerusi PSKKS Helen Morris dan Pengerusi Gereja SIB Seri Menanti Encik Justin Sakai Tebari.

Turut hadir dalam majlis penyerahan di UPPM Sindumin tersebut ialah Ketua Penerangan PSKKS, Paris Langub.

Sumbangan alat semburan itu bagi memudahkan kerja-kerja disinfeksi kedua organisasi itu dalam usaha membasmi penularan virus COVID-19.