Remaja Terlalu Kurus Akibat Sindrom MDP, Badan Tidak Boleh Simpan Lemak

Remaja Terlalu Kurus Akibat Sindrom MDP, Badan Tidak Boleh Simpan Lemak

0
SHARE

ENGLAND – Seorang remaja di sini menghidapi masalah Mandibular Hypoplasia, Deafness dan Progeroid (MDP) di mana badannya tidak boleh menyimpan sebarang lemak.

Hal ini membuatkan Dylan Lombard yang kini berusia 18 tahun menjadi terlalu kurus sejak ketika dia bayi lagi.

Memetik laporan Mirror.com, masalah MDP yang dihadapi remaja berkenaan adalah sejenis sindrom yang merupakan sejenis gangguan metabolik yang sangat jarang berlaku iaitu tisu lemak tidak dapat disimpan di bawah kulit penghidapnya.

“Saya dilahirkan dengan keadaan kurus sebegini, tetapi ia tidak disyaki apa-apa (sindrom) sehinggalah saya berusia 18 bulan. Ibu saya melihat berat badan saya turun dan dia agak risau…

“Doktor memerlukan 10 tahun untuk mendiagnosis saya dengan keadaan sebegini setelah pemeriksaan berkala dijalankan kerana terlalu kurus,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Menurut laporan itu, antara ciri-ciri yang ada pada fizikal Dylan termasuklah memiliki rahang bawah yang kecil, hilang pendengaran serta kulit yang agak tegang.

Meskipun tidak mampu bergerak aktif seperti bersukan macam insan lain, namun Dylan masih meneruskan hidup dengan perkara yang diminatinya termasuklah hobi berfotografi.

Dalam masa sama, remaja itu sering menjadi bahan ejekan daripada segelintir individu, namun dia tidak pernah mengalah untuk berkongsi kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit tersebut.