
TAWAU, SABAH – Sajak Patriotik ‘Deklarasi Kemerdekaan’ mengajak generasi muda menghargai pengorbanan para pejuang kemerdekaan.
Sajak yang disampaikan oleh anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Sarjan Mejar (SM) Julpin Jalaludin itu menanamkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.
Deklamasi sajak berkenaan dipersembahkan sempena Program Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Perbandaran Tawau 2024 di Perkarangan Majlis Perbandaran Tawau (MPT), pada Sabtu. — JABATAN PENERANGAN SABAH