KOTA KINABALU, SABAH – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata beliau berkemungkinan akan kembali untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Bagaimanapun, beliau berkata ia masih tertakluk kepada keputusan pucuk kepimpinan parti , yang akan beliau patuhi.
“Sama ada saya akan bertanding atau tidak, terpulang kepada keputusan pucuk pimpinan parti…
“Tetapi kepimpinan telah pun menyiratkan aspirasinya untuk saya bertanding dalam pilihan raya parlimen ini,” kata bekas ahli parlimen Kota Belud itu.
“Saya tidak kisah menawarkan diri sebagai calon. Sebagai seorang ahli politik, niat untuk berkhidmat dan membangunkan Negeri dan negara mengalir dalam darah saya. Saya sentiasa dekat dengan visi dan misi itu,” katanya.





