Ramalan Bekalan Elektrik: Tidak Ada Catuan Hari Ini

Ramalan Bekalan Elektrik: Tidak Ada Catuan Hari Ini

0
SHARE
Adrian
Pengurus Besar Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Adrian Mosigil ( Sumber Foto: Ihsan SESB )

KOTA KINABALU, SABAH – Tidak ada catuan bekalan elektrik diramalkan berlaku di Sabah dan Labuan pada hari ini (Jumaat).

Pengurus Besar Operator Sistem Grid Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Adrian Mosigil berkata, kapasiti bekalan tenaga elektrik dianggarkan berjumlah 1,115MW, dengan permintaan maksima dijangka mencecah sehingga 1,041MW pada sekitar pukul 2.30 petang.

“Walau bagaimanapun, SESB masih mempunyai rizab margin sebanyak 74MW sebagai stok bekalan tenaga sekiranya berlaku kecemasan atau lebihan permintaan pada waktu tersebut.

“Justeru, pelaksanaan catuan bekalan elektrik pada hari ini diramalkan tidak akan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Untuk rekod, tidak ada catuan bekalan yang dilaksanakan semalam dengan permintaan tenaga maksima dilaporkan sebanyak 1,044MW pada pukul 4.00 petang.