KEMAMAN, TERENGGANU – Seorang remaja perempuan yang keciciran sekolah sejak beberapa tahun lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret diatas pertuduhan membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya.
Menurut laporan Kosmo!, remaja perempuan yang baru berusia 15 tahun itu hanya mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.
Berdasarkan pertuduhan, remaja perempuan berkenaan didakwa membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya…
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di daerah ini antara pukul 7 pagi hingga 9 pagi pada 8 Februari lalu.
Remaja perempuan tersebut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Kosmo! 9 Februari lalu melaporkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditahan kerana disyaki menikam bayi lelaki yang dilahirkannya sehingga mati.





