Rumah Bersama 3 Kereta Terbakar 100 Peratus

Rumah Bersama 3 Kereta Terbakar 100 Peratus

0
SHARE
Sumber: JBPM Sabah

KIMANIS: Satu rumah bersama tiga buah kereta musnah 100 peratus akibat terbakar dalam kejadian di Kampung Kimanis, Brunei, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada jam 3.12 petang hari ini. 

“Lapor kebakaran melibatkan rumah jenis separuh kekal berkeluasan 80×45 terbakar 100 peratus.

“Selain itu, tiga buah kenderaan jenis Perodua Alza dan Avanza turut terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, operasi pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dan dua pancutan.

Operasi berjaya dikawal pada jam 3.55 petang.

“Pasukan Bomba membuat pemeriksaan untuk memastikan tiada bahaya lain dan operasi ditamatkan pada jam 6.10 petang,” katanya.