Gara-gara Terlalu ‘Handsome’, Remaja Parah Diserang

Gara-gara Terlalu ‘Handsome’, Remaja Parah Diserang

0
SHARE
Sumber: Channel 3

THAILAND: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mengalami cedera parah selepas diserang oleh sekumpulan remaja lain dalam kejadian di Udon Thani, Thailand pada 11 Februari lepas.

Memetik The Thaiger, remaja tersebut diserang oleh kumpulan remaja berusia antara 12 hingga 16 tahun yang cemburu dengan ketampanan mangsa.  

Akibat dari serangan fizikal itu, mangsa yang dikenali sebagai Mooyong terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan dan tidak sedarkan diri selama dua hari.

Menurut kenyataan Mooyong, ketika kejadian dia bersama empat rakannya dalam perjalanan ke gunting rambut dengan menunggang motosikal yang kemudian terserempak dengan kumpulan penyerang itu dan menyuruhnya untuk berhenti.

Katanya, dia dicabar untuk bergaduh dan ketika ditanya alasan mereka mengajak pergaduhan itu adalah kerana mereka tidak berpuas hati dengan ketampanan wajah mangsa.

Mooyong turut mendedahkan bahawa kumpulan remaja itu telah bertindak mengacukan pistol ke arahnya. Mangsa yang risau dengan keselamatan diri, kemudian tidak mengambil apa-apa tindak balas.

Selepas itu, berlakulah pertengkaran antara mereka sebelum salah seorang penyerang memukul lehernya hingga menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.

Mooyong kemudian dikejarkan ke hospital oleh rakan-rakannya dengan menaiki motosikal.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan memaklumkan kumpulan penyerang itu merupakan remaja yang berasal dari pelbagai komuniti di wilayah Sakon Nakhon dan kumpulan itu juga pernah menyerang beberapa individu lain sebelum ini termasuk ada mangsa yang telah ditembak. 

Namun, penduduk tersebut mendakwa tiada tindakan dan tangakapan yang dibuat dan seterusnya dia menggesa agar pihak berkuasa memandang serius jenayah tersebut.