Rumah Roboh Akibat Limpahan Air Sungai

Rumah Roboh Akibat Limpahan Air Sungai

0
SHARE
Bomba
Anggota Bomba pada lokasi kejadian ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KINABATANGAN, SABAH – Sebuah rumah dua tingkat di Pengkalan Bukit Garam, sini, telah roboh akibat limpahan air sungai pagi tadi.

Seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan pada pukul 7:43 pagi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, struktur jenis kekal berkeluasan 20×30 kaki persegi terbabit telah ranap.

“Tiada mangsa terlibat dilaporkan. Tindakan pasukan nomba memasang sawar-sawar dan pemeriksaan dijalankan di lokasi,” kata seorang jurucakap bagi agensi.

Operasi pada lokasi berjarak kira-kira 13 kilometer (KM) dari balai itu kemudian ditamatkan pada jam 8:20 pagi.