KIEV, UKRAINE – Cubaan menyerang Kiev dari dua arah bertentangan oleh tentera Rusia dilaporkan iaitu di sempadan timur dan barat laut Ukraine.
Askar Rusia dikatakan telah menduduki sebahagian besar bandar-bandar pinggir laut Ukraine dengan kenderaan-kenderaan askar serta menubuhkan pusat-pusat pemeriksaan.
Manakala, orang awam telah melarikan diri ke bandar Kiev…
ekoran pertempuran sengit berlaku di kawasan-kawasan sekitar seperti Hostomel, Bucha and Irpin.
Difahami tentera Rusia kini berada hanya kira-kira 24.14 kilometer dari bandar Kiev ketika rakyat Ukraine terus meninggalkan rumah mereka.
Roket-roket Rusia pula dilaporkan telah memusnahkan pangkalan udara Ukraine yang terletak berhampiran sebuah bandar di Kiev.
Siren udara berbunyi di seluruh ibu negara itu dengan laporan letupan berlaku di bandar-bandar strategik seperti Dnipro, Mykolaiv, Nikolaev dan Kropyvnytskyi.
Di tengah-tengah perkembangan tersebut, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menegaskan bahawa Rusia boleh menawan Kiev hanya apabila ia dimusnahkan.





