Sabah Benarkn ‘Busking’ Di Lokasi Tertutup, Dalam Bangunan Semasa Dalam Tempoh PKPB...

Sabah Benarkn ‘Busking’ Di Lokasi Tertutup, Dalam Bangunan Semasa Dalam Tempoh PKPB Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri Sabah membenarkan “busking” atau persembahan muzik jalanan dilakukan di lokasi tertutup atau dalam bangunan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sebelum ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Bagaimanapun, Masidi dalam satu kenyataan malam tadi berkata aktiviti itu hanya boleh diadakan dengan kawalan masa persembahan dan jumlah penonton ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, Masidi turut berkata bahawa Sabah mencatatkan kadar pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sebanyak 97.9 peratus (97.9%) dengan tiga (3) daerah merekodkan kadar pematuhan tertinggi iaitu Kinabatangan, Sipitang dan Kota Belud.

Datuk Seri Masidi Manjun…

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk terus memberi kerjasama dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi SOP termasuk mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.

Masyarakat juga dinasihatkan untuk segera menjalani ujian saringan sekiranya mempunyai kontak rapat dengan individu disahkan positif COVID-19, katanya.