Sabah Catat 1,062 Kes Hari Ini, Ramai Individu Dijangkiti Tidak Punyai Sebarang...

Sabah Catat 1,062 Kes Hari Ini, Ramai Individu Dijangkiti Tidak Punyai Sebarang Simptom

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan baharu COVID-19 Sabah kembali ke empat digit dengan 1,062 KES dilaporkan pada hari ini (5 Ogos) di mana kebanyakkan individu yang dijangkiti tidak mempunyai sebarang simptom.

Daerah Kota Kinabalu terus menyumbang kepada kes tertinggi dengan 239 kes baharu, diikuti dengan Tawau, 137 kes, Tuaran 114 kes, dan Penampang dengan 106 kes.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sejumlah 967 orang atau 91 peratus (91%) daripada jumlah kes baharu adalah dalam Kategori 1 (tidak ada simptom) dan Kategori 2 (simptom ringan).

“Analisa data menunjukan peratusan kes bergejala atau apa yang dipanggil sebagai kes sporadik juga semakin meningkat…

“Hari ini hampir 24 peratus (atau 251 kes) kes sporadik yang agak tinggi berlaku di kawasan bandar seperti Kota Kinabalu, Tawau, Penampang, Tuaran & Sandakan,” katanya.

“Di Kota Kinabalu, 83 kes daripada 239 adalah dalam kategori bergejala atau sporadik. Manakala di Tawau, 37 daripada 137 kes, Penampang 27 daripada 106 kes, Sandakan 19 daripada 62 kes dan Tuaran 27 daripada 114 kes,” katanya lagi.

Sementara itu, kontak rapat terus menjadi penyumbang utama kepada kes harian iaitu 569 atau hampir 54 peratus, kes daripada kluster-kluster.

Masidi berkata dengan mengambil kira kes baharu yang semakin meningkat dan peratusan kes sporadik yang bertambah adalah amat perlu bagi kita meningkatkan pemberian vaksin kepada semua penduduk dengan kadar yang segera.

Datuk Masidi Manjun…

Katanya kelmarin Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah menyuntik 46,840 dos vaksin.

“Setakat 4 Ogos, JKNS telah menyuntik 967,555 dos pertama vaksin dan 415,638 dos kedua, yakni 1,383,193 dos secara keseluruhan…

“Seperti yang dinyatakan lebih awal JKNS ada keupayaan untuk memberi vaksin sehingga 60 ribu dos sehari dengan syarat bekalan vaksin yang diperlukan tersedia dan tidak ada gangguan kepada jadual penghantaran ke Sabah.

“Atas andaian bekalan vaksin yg mencukupi terjamin, mengikut perancangan, JKNS boleh mengekalkan momentum melaksanakan pemberian vaksin dengan kadar yang cepat seperti sekarang,” jelasnya.

Ini bermakna 60 peratus (60%) penduduk Sabah yang perlu divaksin boleh memperolehi vaksin penuh (dua dos) menjelang 21 September 2021.

Rumusan kes baharu positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah adalah seperti berikut:

Kota Kinabalu – 239
Tawau – 137
Tuaran – 114
Penampang – 106
Tongod – 65
Sandakan – 62
Keningau – 39
Sipitang – 28
Papar – 25
Kota Belud – 25
Putatan – 24
Kinabatangan – 22
Beaufort – 22
Telupid – 20
Kudat – 20
Kunak – 19
Ranau – 19
Kalabakan – 17
Beluran – 14
Lahad Datu – 12
Tenom – 9
Semporna – 8
Pitas – 5
Kuala Penyu – 4
Kota Marudu – 3
Nabawan – 2
Tambunan – 2