KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan harian merekodkan penurunan sebanyak 20 kes berbanding jumlah semalam kepada 119 kes baharu hari ini.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata tiga (3) daerah merekodkan penurunan kes yang agak besar iaitu Penampang -12 kes, Kota Kinabalu -6 kes dan Tawau -5 kes.
“Ianya berbanding hanya satu daerah yang merekodkan peningkatan kes iaitu Tuaran +6 kes. Pergerakan turun naik angka daerah lain adalah marginal…
“Bilangan daerah yang mencatatkan sifar kes meningkat daripada 15 kepada 17 daerah hari ini.
“Empat (4) daerah, Kota Kinabalu (62 kes), Tuaran (18 kes), Penampang (12 kes) dan Papar (10 kes) mencatatkan kes baharu dua angka,” katanya.
Beliau berkata Penampang juga mencatatkan jangkitan baharu 50 peratus lebih rendah daripada angka semalam.
Dalam pada itu, hanya terdapat satu (1) kes dalam Kategori 4 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (04 Julai 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 62 (68)
Tuaran 18 (12)
Penampang 12 (24)
Papar 10 (8)
Sandakan 7 (6)
Kuala Penyu 4 (0)
Keningau 2 (3)
Kota Marudu 2 (0)
Kota Belud 1 (0)
Lahad Datu 1 (0)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (4)
Ranau 0 (1)
Semporna 0 (0)
Sipitang 0 (3)
Tambunan 0 (3)
Tawau 0 (5)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (2)
Tongod 0 (0)






