SABAH ZAHIR TAHNIAH KEPADA YDPA BAHARU

SABAH ZAHIR TAHNIAH KEPADA YDPA BAHARU

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor...

Sabah Mengucapkan Selamat Kepada Agong Baharu

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bagi pihak rakyat Sabah merakamkan ucapan tahniah kepada Sultan Johor Darul Ta’zim, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar kerana dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini.

“Rakyat Sabah mengalu-alukan dan mengucapkan selamat sejahtera kepada Seri Paduka Baginda,” katanya dalam satu kenyataan.

Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim mengambil alih takhta daripada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa 31 Jan 2024.

Ketua Menteri juga merakamkan ucapan terima kasih rakyat Sabah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah yang telah berangkat ke Sabah dalam program Jelajah Kembara Borneo.

“Kami di Sabah akan sentiasa mengingati baginda, Permaisuri Agong dan keluarga baginda yang turun ke negeri ini dan mendekati rakyat.

“Kami mendoakan keluarga diraja sihat sejahtera,” katanya.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial, mengumumkan Majlis Raja-Raja membuat keputusan itu semasa Mesyuarat ke-263 (Khas) di Istana Negara pada Jumaat.

Beliau juga mengumumkan Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzudin Shah telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.