SAGA X: KK Rangkul Dua Emas Perseorangan Tenis

0
SHARE
Saga x
Samuel dan Kyra bersama pingat emas masing-masing ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Kontinjen tuan rumah Kota Kinabalu, menepati ramalan merangkul dua pingat emas bagi acara perseorangan tenis pada Sukan Sabah ke-10 (SAGA x) 2023.

Pingat emas pertama diperolehi melalui pemain tenis perempuan, Kyra Vamsikrish yang menewaskan rakan sepasukan Hannah Hii dengan kiraan mata 6-1, 6-1 pada perlawanan akhir.

Melalui keputusan tersebut pemain cilik Hannah Hii yang berusia 11 tahun memenangi pingat perak manakala Jashnavissri Uigneswaran dari Sandakan dan Miza Rasyidah Zakirah mewakili daerah Keningau memenangi pingat gangsa.

Pada perlawanan yang sama, tentangan sengit ditunjukkan antara atlet perseorangan tenis Kota Kinabalu dan atlet daerah Putatan yang berlarutan hampir tiga jam dan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada atlet Kota Kinabalu.

Pemain pilihan pertama Kota Kinabalu Samuel Benjamin Guansing menepati ramalan dengan berjaya menewaskan atlet daerah Putatan, Isa Ueno Dares Saham dengan kiraan mata 7-6 (4), 6-2.

Dengan keputusan tersebut, Isa Ueno Dares Saham membawa pulang pingat perak manakala atlet Sandakan Stevie Alfie Silvester dan atlet Kudat, Preangelo Jinik memenangi pingat gangsa.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Presiden Persatuan Tenis Sabah (STA), Johnson Koh Yong Siang dan Pengurus Pasukan Tenis Kota Kinabalu Datuk Idrus Shafie yang berlangsung di Gelanggang Tenis Kompleks Sukan Kota Kinabalu di sini, pada Khamis.

Jurulatih Pasukan Tenis Kota Kinabalu, Shamsuddin Mustami ketika ditemui media, bersyukur diatas kejayaan yang diperolehi oleh anak didiknya.

Menurutnya, pada peringkat awal pasukan Kota Kinabalu hanya menyasarkan dua pingat emas iaitu melalui acara tenis perseorangan.

Namun atas semangat kesukanan berpasukan yang jitu, anak-anak buahnya turut berjaya memperolehi pingat emas tambahan bagi acara perempuan berpasukan dan pingat perak bagi lelaki berpasukan yang berlangsung pada Rabu

Kota Kinabalu: Kontinjen tuan rumah Kota Kinabalu, menepati ramalan merangkul dua pingat emas bagi acara perseorangan tenis pada Sukan Sabah (SAGA) edisi ke-10.

Pingat emas pertama diperolehi melalui pemain tenis perempuan, Kyra Vamsikrish yang menewaskan rakan sepasukan Hannah Hii dengan kiraan mata 6-1, 6-1 pada perlawanan akhir.

Melalui keputusan tersebut pemain cilik Hannah Hii yang berusia 11 tahun memenangi pingat perak manakala Jashnavissri Uigneswaran dari Sandakan dan Miza Rasyidah Zakirah mewakili daerah Keningau memenangi pingat gangsa.

Pada perlawanan yang sama, tentangan sengit ditunjukkan antara atlet perseorangan tenis Kota Kinabalu dan atlet daerah Putatan yang berlarutan hampir tiga jam dan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada atlet Kota Kinabalu.

Pemain pilihan pertama Kota Kinabalu Samuel Benjamin Guansing menepati ramalan dengan berjaya menewaskan atlet daerah Putatan, Isa Ueno Dares Saham dengan kiraan mata 7-6 (4), 6-2.

Dengan keputusan tersebut, Isa Ueno Dares Saham membawa pulang pingat perak manakala atlet Sandakan Stevie Alfie Silvester dan atlet Kudat, Preangelo Jinik memenangi pingat gangsa.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Presiden Persatuan Tenis Sabah (STA), Johnson Koh Yong Siang dan Pengurus Pasukan Tenis Kota Kinabalu Datuk Idrus Shafie yang berlangsung di Gelanggang Tenis Kompleks Sukan Kota Kinabalu di sini, pada Khamis.

Jurulatih Pasukan Tenis Kota Kinabalu, Shamsuddin Mustami ketika ditemui media, bersyukur diatas kejayaan yang diperolehi oleh anak didiknya.

Menurutnya, pada peringkat awal pasukan Kota Kinabalu hanya menyasarkan dua pingat emas iaitu melalui acara tenis perseorangan.

Namun atas semangat kesukanan berpasukan yang jitu, anak-anak buahnya turut berjaya memperolehi pingat emas tambahan bagi acara perempuan berpasukan dan pingat perak bagi lelaki berpasukan yang berlangsung pada Rabu.

Harapan beliau kepada semua pemain tenis yang memenangi pingat emas pada SAGA X kali ini terutama Kyra yang kini menjalani latihan di Akademi Tenis Mouratoglou Malaysia di Epsom International School, Negeri Sembilan agar terpilih secara automatik bagi mewakili negeri ke Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak tahun hadapan. — JABATAN PENERANGAN SABAH