TASHKENT, UZBEKISTAN – Saintis Uzbekistan sedang menggabungkan vaksin transgenik COVID-19 ke dalam buah tomato yang kemudiannya boleh dimakan.
Sumber berita Russia ‘Sputnik’ berkata saintis dari Pusat Genomik dan Bioinformatik Akademi Sains negara itu sedang berusaha mengubah genetik buah tersebut.
Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Jabatan Inovatif Uzbekistan pada hari Jumaat baru-baru ini menjelaskan anak benih tomato di makmal pusat boleh tumbuh menjadi vaksin COVID-19 dalam masa hanya dua bulan.
“Dan orang yang memakan tomato ini diharapkan dapat menghasilkan antibodi terhadap virus,” menurut kenyataan itu.
Saintis telah menggunakan kaedah klon terhadap bahagian ‘mahkota’ coronavirus yang terdapat dalam negara itu dan meletakkannya pada sel tumbuhan. Sebagai hasil, sel tumbuhan ini turut bertindak sebagai vaksin.
“Eksperimen menunjukkan bahawa Protin ‘S’ dari Coronavirus, apabila disintesis dalam tomato, memasuki usus dan membangkitkan sistem imuniti tubuh…
“Antibodi yang dihasilkan akan melawan patogen,” kata saintis itu, lapor Sputnik.
Dia menambah bahawa fasa pertama ujian klinikal akan dimulakan sebaik sahaja percubaan haiwan selesai.
“Adalah sangat murah untuk menghasilkan vaksin dengan menggunakan tanaman dan merupakan produk selamat…
“Kaedah vaksinasi secara makanan ini juga memudahkan golongan kanak-kanak untuk divaksin,” katanya.