SALAM TAKZIAH, ANAK BUNGSU TAN SRI MUSA AMAN MENINGGAL DUNIA

SALAM TAKZIAH, ANAK BUNGSU TAN SRI MUSA AMAN MENINGGAL DUNIA

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pengurusan tertinggi portal berita Sabahnews.com.my mengucapkan salam takziah kepada Tan Sri Musa Aman dan keluarga di atas pemergian anakanda beliau Tuan Haji Mohammed Hayssam bin Tan Sri Musa Aman.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat bekas Ketua Menteri Sabah itu meminta privasi keluarga mereka dihormati pada waktu yang sukar ini.

Tuan Haji Hayssam bin Tan Sri Musa telah meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu di sini, hari ini.

“Ia dengan amat dukacitanya kami mengumumkan pemergian Mohammed Hayssam bin Musa pada 24 Ogos 2021…

“Arwah meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan…semoga Allah merahmati rohnya dan diletakkan di kalangan beriman,” katanya ringkas.

Menurut sumber, Allahyarham berkemungkinan dijadualkan akan dikebumikan di Kampung Bingkul Beaufort Sabah.

Dalam pada itu, rakyat Sabah turut menghantar ucapan takziah kepada keluarga Tan Sri Musa dan mendoakan agar mereka diberikan kesabaran oleh Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa.