Sambutan Ulang Tahun UPKO Ke 30 Ogos Ini

Sambutan Ulang Tahun UPKO Ke 30 Ogos Ini

0
SHARE
Ewon
Ewon ketika ditemui pemberita ( Sumber Foto: Ihsan UPKO )

PENAMPANG, SABAH – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan parti itu pada 9 Ogos depan, kata Presidennya, Datuk Ewon Benedick.

Memetik sumber Bernama, beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, UPKO juga akan mengadakan konvensyen tahunannya pada 10 Ogos, manakala sambutan Pesta Kaamatan UPKO pada 11 dan 12 Mei ini.

“Pesta Kaamatan itu akan dihoskan UPKO Beaufort dan sambutan dijangka berlangsung di Kuala Penyu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif UPKO di sini hari ini.

Ditanya persiapan parti itu menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, Ewon berkata sebagai parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, UPKO sentiasa memberi pandangan dan pendirian parti supaya sebarang isu yang timbul dapat dibincangkan secara terbuka serta matang.

“Saya percaya pimpinan UPKO dan Pakatan Harapan (PH) dapat membuat keputusan yang sebaiknya,” katanya menambah parti itu setakat ini mempunyai lebih 160,000 ahli berdaftar.