SELATAN THAILAND BERGOLAK, LETUPAN BOM JELAS KEDENGARAN DI TUMPAT KELANTAN

SELATAN THAILAND BERGOLAK, LETUPAN BOM JELAS KEDENGARAN DI TUMPAT KELANTAN

0
SHARE

TUMPAT, KELANTAN – Pekan Tak Bai dalam Wilayah Narathiwat Thailand digegarkan dengan beberapa siri letupan bom selain kedengaran kejadian berbalas tembakan pada malam Rabu.

Rakyat Malaysia yang tinggal di Tumpat turut mendengar dengan jelas bunyi dentuman bom dan tembak menembak di antara puak pemisah dan tentera Thailand berkenaan.

Menurut sumber, pejuang Patani melancarkan serangan ke atas Tentera Laut Thailand.

Kejadian dilaporkan berlaku pada malam rabu, pukul 9.40 malam.

Beberapa video yang dirakam oleh orang awam tular di laman media sosial Facebook yang jelas menunjukkan api marak selain beberapa lelaki melepaskan tembakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

VIDEO tular yang menunjukkan beberapa siri letupan bom dan kejadian berbalas tembakan di Pekan Tak Bai dalam Wilayah Narathiwat Thailand pada malam Rabu…

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun yang ditemui mengesahkan kejadian berlaku di sempadan Malaysia-Thailand berdekatan Tumpat.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan semuanya kepada pihak berkuasa Thailand.