Seluruh Masjid, Surau di Sabah Adakan Majlis Tahlil untuk Allahyarhamah Zara Qairina...

Seluruh Masjid, Surau di Sabah Adakan Majlis Tahlil untuk Allahyarhamah Zara Qairina Khamis Ini

0
SHARE

Oleh: Mirlen Axtius

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan menganjurkan Majlis Tahlil dan Doa Peringkat Negeri untuk Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir pada Khamis ini bersamaan 14 Ogos 2025, selepas solat Maghrib di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Majlis tersebut akan dipimpin oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan dilaksanakan serentak di semua masjid dan surau seluruh negeri.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah merangkap Exco Pendidikan dan Agama, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dalam kenyataan berkata, beliau telah mengarahkan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) pada 8 Ogos lalu untuk menyelaras majlis ini di seluruh negeri.

“Bersama-samalah kita berdoa semoga Allahyarhamah beroleh maghfirah dan rahmah,” katanya, semalam.

Allahyarhamah Zara Qairina, 13, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, yang meninggal dunia pada 16 Julai lalu dan kesnya kini sedang dalam siasatan pihak berkuasa.