Sembilan Ditahan Terlibat Kes Dadah Di Pusat Hiburan Penampang

Sembilan Ditahan Terlibat Kes Dadah Di Pusat Hiburan Penampang

0
SHARE
Polis
Salah seorang suspek yang didapati positif menggunakan dadah ( Sumber Foto: Ihsan IPD Penampang )

PENAMPANG, SABAH – Polis daerah ini menahan lima lelaki sekaligus merampas dadah sintetik bernilai RM1,088 dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton memperincikan dadah tersebut sebagai 209.60 gram syabu dan dua biji pil yang dipercayai ekstasi.

“Ujian air kencing mendapati empat daripada lima tahanan berusia 16 hingga 46 tahun positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan ketamin.

“Ujian air kencing juga dilakukan ke atas 20 pelanggan di mana empat lagi didapati positif methamphetamine dan ketamin,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sammy berkata, kesemua individu terbabit dibawa ke balai dan direman tujuh hari sehingga Jumaat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan denda RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan, “ tambahnya.