Sembilan Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Parlimen Kota Kinabalu Terima Jalur Gemilang Program...

Sembilan Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Parlimen Kota Kinabalu Terima Jalur Gemilang Program Merdeka@Komuniti

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai sembilan Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Parlimen Kota Kinabalu menerima Jalur Gemilang Program Merdeka@Komuniti.

Program yang dihadiri seramai 500 warga sekitar ibu negeri itu dirasmikan oleh wakil Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Leong Tze Fui di Dewan Serbaguna Damai, pada Sabtu.

Turut diserikan lagi adalah pertandingan mewarna yang disertai oleh 80 kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun, Senam Tari Malaysia, Kuiz Kenegaraan , Pertandingan Selfie/Wefie Keluarga Malaysia dan sesi penyampaian hadiah pertandingan Tik Tok Hikayat Merdeka.

Hadir sama, wakil Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Peter Tong Ah Pin; Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu, Hasmawati Karodda; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Likas, Dr. Chang Kee Ying; PPM DUN Api-Api, Oliver Majaham dan PPM DUN Luyang, Gee Tien Siong.