Seorang Maut, Seorang Cedera ‘Single Cab’ Terbabas di Keningau

Seorang Maut, Seorang Cedera ‘Single Cab’ Terbabas di Keningau

0
SHARE

KENINGAU: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah Toyota Single Cab yang terbabas di Jalan Bakiau Bypass petang Ahad.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah menerima panggilan pada 6 petang sebelum mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau ke lokasi kejadian, kira-kira 6 kilometer dari balai. Pasukan tiba enam minit kemudian.

Komander Operasi, PBK I Norhasrita Binti Abdul Manan, berkata dua mangsa terlibat, termasuk seorang yang tercampak keluar dari kenderaan dan cedera.

“Mangsa diberi rawatan awal oleh EMRS sebelum dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS Bomba.

“Seorang lagi mangsa berada di dalam kenderaan dan dikeluarkan menggunakan stretcher.

“Pegawai perubatan KKM mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi,” katanya.

Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang melibatkan sembilan anggota serta jentera FRT dan EMRS ditamatkan pada 6.54 petang selepas lokasi dipastikan selamat.