TAWAU, SABAH – Sepanjang bulan Ramadhan ini Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia cawangan telah menyantuni golongan kurang bernasib baik di seiktar daerah Tawau.
Pengerusinya Datuk Hamisa Samat memberitahu sepertimana perayaan-perayaan lain contohnya Pesta Kaamatan, Tahun Baru China, Deepavali kali ini golongan kurang bernasib tidak dilupai untuk menerima sumbangan sempena bulan Ramadhan ini.
Beliau meminta pertubuhan bukan kerajaan menjadikan aktiviti membantu golongan kurang bernasib baik tidak terhad kepada perayaan tertentu sahaja ini sebagai budaya sepanjang tahun.
“Kita sememangnya gembira dengan budaya beramal dengan penganjuran begitu banyak program bagi menyalur bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti ibu tunggal, asnaf, oku dan warga emas,” ujar beliau.
Dalam majlis itu seramai 20 ibu tunggal menerima sumbangan ramadhan daripada LKPIM cawangan Tawau. Setiap seorang menerima wang tunai RM200.00.
Terdahulu LKIPM telah mengagih-agihkan juadah untuk berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan di 13 tempat Sekatan Jalan Raya di sekitar daerah Tawau.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan penduduk supaya mematuhi segala arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetap oleh kerajaan termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).