KIEV, UKRAINE – Sekurang-kurangnya 17 individu cedera apabila satu serangan udara tentera Rusia mengenai sebuah hospital kanak-kanak dan bersalin di bandar pelabuhan Mariupol, Ukraine.
Serangan itu juga telah menyebabkan orang dewasa dan kanak-kanak terperangkap di bawah serpihan bangunan…
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy yang mengutuk tindakan tentera Rusia itu juga menunjukkan kemusnahan besar-besaran di hospital itu termasuk tingkap pecah dan dinding dalaman tercabut melalui sebuah rakaman video di Twitter
“Serangan itu menyebabkan 17 kakitangan hospital cedera,” kata Ketua Wilayah Donetsk, Pavlo Kyrylenko dalam video yang disiarkan di Facebook.
“Setakat ini tiada kanak-kanak cedera dan tiada kematian,” tambahnya.
Serangan itu berlaku ketika terdapat wanita yang sedang bersalin di hospital yang baharu diubah suai, kata pihak pentadbiran tentera wilayah Donetsk kepada AFP.





