KUALA LUMPUR – Shahir akhirnya membuka mulut untuk mengakui hubungan cintanya dengan aktres jelita Erra Fazira. Shahir yang juga bekas juara program reality astro, Akademi Fantasi mengatakan hubungan mereka kini dalam fasa serius.
Memetik kenyataan mStar Online, Shahir menyatakan bahawa dia bersedia untuk menamatkan zaman bujang dengan Erra ketika ditanya mengenai hak itu di malam pertandingan akhir Gema Gegar Vaganza musim pertama, Ahad baru-baru ini.
“Apa yang boleh saya katakan doakan agar hubungan kami dipermudahkan dan Insya-Allah apabila tiba masanya saya akan kongsi dengan semua,” katanya.
Ditanya mengenai pendiriannya yang enggan membuka mulut mengenai kesahihan hubungannya dengan Erra sebelum ini, Shahir berkata dia berasa malu untuk berkongsi kisah peribadi.
“Saya tidak keberatan untuk bercakap mengenainya jika ditanya tetapi saya akui memang saya segan hendak bercakap soal peribadi.
“Jujurnya memang saya simpati dengan Erra yang terpaksa menjawab seorang diri tentang hubungan kami,” tambah katanya.
Memetik kenyatan di mStar Online 1pada 8 Mei lalu, Erra Fazira menyatakan kepada media bahawa dia enggan lagi memikirkan secara serius soal cinta dan meletakkannya sepenuhnya kepada ketentuan Allah.