KOTA KINABALU, SABAH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang lelaki kerana disyaki telah memberi rasuah sebanyak RM5,000 kepada seorang pegawai kerajaan negeri sebagai dorongan untuk meringankan pertuduhan terhadap individu lain yang melakukan kesalahan menyimpan haiwan dilindungi.
Menurut sumber, lelaki yang bekerja sendiri dan berusia lingkungan 50an itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang semalam di Pejabat SPRM Sabah.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.