SKMM Siasat Portal Jual Data Peribadi Pengguna

SKMM Siasat Portal Jual Data Peribadi Pengguna

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan..

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat dakwaan portal berhubung penjualan data peribadi pengguna di negara ini.

Dalam kenyataan hari ini, SKMM memaklumkan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untukmenyiasat laporan bahawa terdapat pengiklanan menjual data pengguna disyaki diperolehi secara tidak sah.

“Sebagai langkah pencegahan, pihak SKMM telah meminta pentadbir portal itu untu menurunkan iklan penjualan terbabit.

“Pentadbir portal memberi kerjasama menurunkan iklan serta artikel yang berkaitan,” kata kenyataan itu.

SKMMmenggesa semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sehingga pihak berkuasa melengkapkan siasatan.

Baru-baru ini, portal terbabit menyiarkan artikel mengenai jualan data pengguna secara berleluasa membabitkan maklumat peribadi beberapa agensi dan syarikat di negara ini.