WANITA yang hamil sudah tentu pernah mengidam makanan pelik-pelik dan kadangkala makanan yang mereka inginkan susah untuk didapati.
Terpaksalah si suami layankan kehendak dan kerenah isteri bila mengidam.
Walau bagaimanapun, adakalanya perasaan mengidam mereka itu bukanlah dalam bentuk makanan.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita hamil mengidam ingin bermain hujan dan panjat pokok.
Menerusi video yang dikongsi oleh seorang pengguna, sang suami itu terpaksa melayan karenah isterinya yang ingin bermain hujan dan memanjat pokok.
Beliau yang merakam video tersebut terpaksa akur dan membawa isterinya keluar rumah untuk bermain hujan…
Dalam pada itu, rara-rata para pengguna sosial media juga memberi komen yang positif dan memuji tindakan sang suami tersebut.
“Menggembirakan hati seorang isteri pahala besar untuk mu…dimudahkan rezeki juga untuk. Jangan pernah lelah gembira kan dia ya. Semoga bahagia sampai syurga,” kata seorang netizen.
“Abang kira okay lagi, akak nak mandi hujan, dari saya nak makan asap ubat nyamuk,” celah seorang pengguna yang juga pernah mengalami situasi tersebut.
“Layankan saja la. Mandi air hujan saja pun. Bahagiakan isteri insya Allah rezekimu bertambah,” kata seorang pengguna.





